Sunday 28 August 2011

Coretan yang terbuku di hati..

Erm..dh lama rasanya tak singgah mencoret dalam blog sweet sour ni..kalau tak silap last entry bulan Julai dan sekarang dah akhir bulan Ogos. Maknanya dah sebulan tak menjengah di sini. Bukan takde idea/cerita nak ditulis tapi masa tak mengizinkan. Bukannya terlalu sibuk tapi mood dan masa yang sesuai untuk menulis tu tiada sehinggalah saat ini barulah ada semua tu..tu pun sebab sekarang saya berada di kampung saya..penuh ketenangan menunggu beberapa hari lagi menjelang aidilfitri..

Dalam masa sebulan ni, sejak saya masuk ke alam pekerjaan baru banyak yang berlaku pada diri saya..pahit dan manis..pertama sekali, saya dikejutkan dengan berita kematian makcik saya..masa tu hari kedua saya mula bekerja di tempat baru dan terpaksa ambil cuti utk pulang ke kampung. Makcik pergi meninggalkan kami semua tanpa sebarang tanda..seminggu sebelum tu, dia tetiba koma dan terus dimasukkan ke ICU sebab pendarahan otak..2 hari sebelum tu, dia sempat menghantar baju tema untuk kenduri saya nanti..sedih sgt dengan kehilangannya sebab saya agak rapat dengannya. Kerap jugaklah saya mimpikan arwah dan sehingga sekarang, saya rasa masih tak percaya yang dia telah tiada malah terasa bayang dia ada di mana2..Al-Fatihah..

Kedua, tak semena-mena kereta saya pulak buat hal. Rasa semacam je bila drive tak macam biasa..bergegar pun ada, pendek kata tak bestlah.Terpaksalah saya masuk lewat office untuk settlekan kereta saya tu..rupanya bateri low..so kenalah tukar bateri baru n melayanglah duit..;-(..tapi nak wat cmner, kereta nilah yang byk berkhidmat utk saya..kenalah saya jaganya bebaik..

Ketiga, saya tetiba mendapat short notice daripada bos atasan utk tukar team..baru jer 3 minggu kerja dengan team A n baru jer nak paham, dah kena tukar team B. Dengan kabarnya org sekeliling duk bercerita bos di team A tak puas hati dgn saya. Sebab baru je masuk kerja, saya dah ambik cuti. Mula2 time makcik meninggal, kedua masuk lambat sebab kereta rosak dan ketiga cuti yang saya bakal ambil untuk kawin. Mungkin dia fikir semuanya tu mengganggu kerja yang perlu disiapkan dengan segera. Memang saya akui, saya sebenarnya pun berasa bersalah sebab saya baru bekerja, tapi semua tu berlaku tak diduga dan tak dapat saya elakkan..salah saya ke?? dan saya rasa bersalah juga pada orang yang kena tukar sama dengan saya dari team B ke team A. Sebelum ni, dia ok jer n bertegur sapa dengan saya, tapi setelah kena tukar dengan saya, dia seolah-olah dingin dengan saya.Langsung tak ditegurnya saya. Dan bila saya menegurnya, jawab sepatah je. Mungkin dia marah kot pada saya sebab saya, dia kena tukar team dengan saya. Tapi salah saya ke???

Keempat, sudah jatuh ditimpa tangga..cuti yang saya pohon untuk kawin selama seminggu tak diluluskan..sedih sungguh..orang lain cuti kawin berminggu-minggu..tapi saya seminggu jer pun tak dapat..dapat 4 hari jer..:-(..kononnya sebab saya baru bekerja..erm..nak wat camne, saya ni kuli jer..sabar jerlah..saya mengadu pada pasangan yang plan honeymoon terpaksalah cancel dulu, n apa jawabnya.."sebenarnya matlamat utama nikah kan?Honeymoon tu bukan betul2 lepas kawin jer..bila2 masa pun buleh, dah ada anak pun nanti, honeymoon masih buleh pergi.."tetiba rasa tak sedih dah bila si dia pujuk cmtu..jadi saya redha..

Kelima, dalam dugaan dan pahit yang saya tempuh dalam masa sebulan ni, terselit juga manis walau sedikit..saya dan si dia dapat rumah untuk disewa selepas kami  kawin nanti. Sebelum ni tercari2 tapi hampa..kebanyakan telah disewa..jadi kami decide, lepas kawin stay berasingan atau dengan erti kata lain PJJ. Sehinggalah datang pertolongan Tuhan, kawan atas kawan tengah mecari penyewa. Terus tak buang masa, saya dan si dia pergi tengok rumah tu dan pikir punye pikir kami akhirnya setuju nak sewa rumah tu. Lepas kawin nanti, kami akan terus masuk rumah tu..dan dalam masa yang sama, kawan yang lain pulak nak jual perabutnya dengan harga murah sebab nak sambung belajar di oversea..so apalagi, kami terima rezeki ni dengan senang hati..Alhamdulillah, hal rumah telah settle dan yang pastinya plan asal utk PJJ tidak menjadi. Betullah kata orang, "Tempat isteri adalah di sisi suami"..

Di sini dapat saya simpulkan, walaupun pahit sesuatu itu, kita kena tempuh dan telan kerna ia sebenarnya mematangkan kita. Dan dalam pahit itu, kadang2 di hujung itu ada manisnya walau pun sedikit tapi sekurang-kurangnya dapat mengubat pahit itu..

Sunday 17 July 2011

Everything Happen for Reasons

Dah lama rasanya tak tulis blog..last entry kalau tak silap bulan lepas, Jun..erm..bukan dah malas tapi takder yang menarik sgt utk diceritakan. Tapi entry kali ni just to recall of several things happened unexpectedly to me this year.

1) Bertukar Seksyen

- Saya dah tulis sebenarnya mengenai hal ni dalam entry 'Introduction (final)' tapi just to recall my feeling at that time. Bila ditukarkan secara drastik malah tanpa diberi sebarang amaran pun, saya rasa macam batu menghempap diri. Rasa down sgt, demotivated, terbuang, tersisih dan tidak diperlukan. Hari2 dtg kerja dengan penuh kemalasan dan semangat yang sedikit. Sehinggakan kadang2 terfikir, kenapa saya diuji begini?Apa salah saya?

- Setelah 3 bulan lebih di Seksyen baru, saya dapati sebenarnya taklah teruk sgt. Hakikatnya, saya mempunyai lebih banyak masa untuk diri sendiri yang mana sebelum ini saya agak penat dan tertekan. Malah housemate saya pun perasan, sejak masuk seksyen lain, saya selalu balik awal (6 petang dah ada kat rumah). Dan kami ada masa nak berborak dan mkn sama. Perkembangan positif saya rasakan. Pendek kata, hidup saya agak terurus, tak stress dan yang paling penting kerja saya menfokus. Cuma kadang2 saya rindu pada keakraban teman2 di seksyen lama..Itu yang tak boleh ditukar ganti..huhu..

2) Bakal Mendirikan Masjid

- Perkara kedua yang saya tak sangka akan berlaku pada saya tahun ni; saya akan kawin..Serius, macam tak percaya je. Daripada seorang yang memang solo bertahun2 tetiba ada jejaka dtg mengetuk pintu setahun yang lepas dan tup2 tahun ni dah nak kawin. Sangat teruja. Maklumlah umur dah meningkat dan majoriti kawan2 rapat dah ke arah itu. Kehadiranya memang tepat pada masanya. Syukur padaMu Ya Allah.Semoga majlis nanti berlangsung dgn lancar. Sebulan lebih je lagi tinggal..;-)

3) Mendapat Jawatan Tetap

- Alhamdulillah. Sekali lagi kupanjatkan kesyukuran padaMu Ya Allah atas kurniaanMu ini. Dalam pada saya merangkak2 membina kesabaran diri di seksyen baru dan membilang hari meniti hari bahagia, rupanya ada satu lagi hadiah besar untuk saya. Saya telah mendapat pekerjaan baru dan tetap. Selama dua tahun saya resah dan risau yang tak berpenghujung mengenangkan kerja yang berstatus kontrak dan akhirnya kini saya sedikit lega. Walaupun pekerjaan yang saya dapat ni benar2 baru dan langsung tidak berkaitan dengan pekerjaan yang saya telah buat selama dua tahun lebih ni, tapi saya redha. Semua ni rezekiNya. Dan hari ini tatkala saya menulis blog ni, merupakan hari cuti terakhir saya sebelum saya memulakan fasa kerja baru saya esok. Berdebar rasanya. Mungkinkah ia lebih baik atau sebaliknya?Ataukah ia lebih mencabar? Saya hanya berserah padaNya kerana Dia yang lebih mengetahui apa yang baik utk diri ini.

3 perkara di atas bukanlah diceritakan utk membangga diri atau saja utk suka2 tapi lebih utk renungan saya sendiri. Semua yang berlaku pasti ada sebabnya dan semuanya adalah mengikut ketentuanNya. Tuhan telah mengatur hidup hambaNya dengan begitu tersusun dan baik sekali cuma terpulang kepada hambaNya utk mencoraknya mengikut cara apa sekalipun. Yang penting kita perlu sentiasa bersabar, tidak berputus asa dan berdoa serta bertawakal padaNya. Thank you Allah!

Thursday 16 June 2011

Ilmu Hari Ini..

Pagi hari ini saya tak melepaskan peluang untuk menyertai satu seminar yang sangat menarik hati saya. Tajuk seminar tu berbunyi; Seminar Pemantapan Keluarga : Perkahwinan Jambatan Syurga anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Rata-rata yang menyertai seminar ni adalah mereka yang sudah berkahwin. Tetapi saya fikir why not saya pergi untuk mendapatkan ilmu lagipun saya pun insya Allah akan ke arah itu nanti. At least ia sebagai panduan untuk saya melengkapkan diri saya sebagai seorang isteri kelak. Seram sejuk pulak bunyinya.

Bila sampai ke dewan seminar, mak ai terkejut saya melihat sambutan yang luar biasa. Bayangkan dewan tu boleh memuatkan 500 orang tapi yang hadirnya lebih daripada tu. Terpaksalah pihak urusetia menyediakan kerusi tambahan dan duduklah mereka di tempat yang mana patut. Tapi nampaknya semua rela sebab tak lain tak bukan, nak dapatkan ilmu drpd seminar ni. Ingatkan saya jer yang tertarik dgn seminar ni rupanya yang lain2 pun sama. Lagipun panel yang memberikan ceramah bukan calang2 orang termasuklah YBhg. Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah. Orang yang famous satu Malaysia tu. Sebab tu ramai yang berpusu-pusu datang ke seminar ni termasuklah saya. Hehe.

Straight to the point. Rasanya eloklah saya berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang saya dapat hari ini daripada seminar ni. Untuk peringatan kepada saya juga sebab manusia mudah lupa. Ada 2 topik utama yang dikupas oleh panel dalam seminar ni; i) Mahligai Merana (2M) dan ii) Ketrampilan Suami Isteri Pemangkin Rumah Tangga Bahagia.

i) Mahligai Merana (2M)

- 2M memberi makna sebuah rumahtangga yang tidak bahagia/merana ekoran daripada penghuninya yang tidak menjalankan peranan/tanggungjawab masing2 dengan sempurna. Maka, untuk mengelakkan terjadinya 2M ini, terdapat 3 perkara yang perlu dilakukan iaitu 1) Keimanan; 2) Sentiasa memperbaiki diri; dan 3) Masing2 hendaklah bertanggungjwb melaksanakan tanggungjawab dlm rumahtangga.

- Sekiranya 3 perkara di atas sentiasa dipraktikkan, jiwa akan tenang dan tenteram sekaligus melahirkan kasih sayang yang suci dalam rumahtangga dan akhirnya rumahtangga itu akan diberkati dan dirahmatiNya.

ii) Ketrampilan Suami Isteri Pemangkin Rumah Tangga Bahagia

- Terdapat 23 cara yang diketengahkan oleh YBhg Dato' Dr. Hj Fadzilah Kamsah untuk topik kedua ini seperti berikut:

- 1) Kenal Mengenali; 2) Faham Memahami; 3) Berlapang Dada; 4) Redha Meredhai; 5) Tolong Menolong; 6) Taqwa dan Taat; 7) Tindakan Tepat; 8) Tetangga yang baik; 9) Tampan vs Cute; 10) Tawaduk; 11) Kelakar; 12) Cemburu bertempat; 13) Mendorong; 14) Mendidik; 15) Mencari persamaan; 16) Memaafkan; 17) Romantik; 18) Jadi cermin; 19) Perawat; 20) Membelai selalu; 21) Komunikasi berhikmah; 22) Menjadi kebanggaan pasangan; dan 23) Sentiasa mencari ilmu.

Sebenarnya banyak yang dikupas dalam 2 topik di atas, tapi saya cuma ambik yang terpenting saja untuk renungan semua dan selamat beramal..Sekian..


p/s: Rating for seminar; 4.5/5

Sunday 5 June 2011

My Day..

Nak tahu kenapa semalam, 4 Jun 2011 (Sabtu) adalah hari saya?Erm..sebenarnya tujuan kali ni saya balik kampung sebab saya akan dirisik. Huhu. Tu yang berdebar lain mcm. Tapi suka dan happy sangat (gatal ke?)hehehe..

Pagi tu saya sampai di rumah jam 730 pagi setelah semalaman dalam bas. Saya dapati kebanyakannya dah hampir settle. Bab masak, mama dah buatkan. Bab membalut dan menghias barang2 utk pihak lelaki pun dah dibuat oleh Kak Ira. Saya cuma bawa balik diri sendiri je. Terharunya rasanya dengan sokongan family. Terima Kasih. Jadi, saya tolonglah apa yang patut utk menjadikan seratus peratus settle.

Dimaklumkan pihak lelaki akan datang selepas zuhur. Elok sangat la tu sebab ada masa utk pihak kami membuat persiapan. Erm, tetiba terpikir, utk majlis ni, saya nak pakai baju apa yer?Sebab balik ni memang tak bawa baju pun. Lagipun bukan majlis bertunang pun yang beriya nak beli baju lawa2. Hehe. Last2, ambik jerlah baju yang berkenan dalam almari. Selepas solat zuhur, saya bersiap2 dan begitu jugak yang lain. Dalam hati berdebar-debar sebab hari ini penentu bila saya dan si dia akan disatukan. Hehe.

Jam 3 petang, pihak lelaki masih belum tiba. Semua dah tanya2 saya sebab semua dah sedia. Lebih2 lagi papa, dah duduk kat ruang tamu. Sesekali terjenguk2 ke luar tingkap. Cewah. Tanpa menghampakan semua yang dah sedia dan tak sbr, saya sms si dia. Dan beberapa minit kemudian, msg saya dibalas. Katanya "On the way". Fuh!Lega. Sambil menunggu tu, sempatlah saya posing pelbagai di hari yang bahagia ini. Hehe.

Menunggu dengan sabar

Bersama barang2 untuk pihak Lelaki; Makanan, Baju Melayu dan kek

Jam 315 petang, pihak lelaki pun tiba. Saya tersenyum melerek (Boleh byg x muka saya?). Hehe. Tapi mama dan mak sedara sempat pesan kat saya, saya kena tunggu dalam bilik je. Takleh join perbincangan dua belah keluarga. So apa lagi, saya menurut perintah. Tunggu lah saya dalam bilik sehinggalah dipanggil.

Nasib baiklah saya ada sepupu yang sporting. Dialah yang mereport kat saya apa yang terjadi kat luar. At least saya taulah sket2 apa yang dibincangkan di luar walaupun saya hanya duduk dalam bilik. Pertama kali masuk, sepupu saya bagitau perbincangan belum bermula, diorang di luar tengah makan2 isi perut terlebih dahulu sebelum berbincang panjang. Kali kedua masuk, sepupu up date kat saya perbincangan telah bermula. Masa tu bertambah2 berdebar. Kali ketiga masuk, sepupu bagitau, perbincangan hebat antara dua belah pihak nak tetapkan tarikh utk nikah dan kenduri. Samada bulan 9@10@11@12. Tapi katanya mcm bulan 12. Saya masa tu, redha dan terima apa sahaja tarikh yang dipersetujui kedua2 pihak. Kali Keempat dan itulah kali terakhir sepupu masuk bawa berita yang paling finalise, katanya, bulan 9, Hari Raya Keempat. Masa tu saya terkebil2 terkejut. Betul ke? Belum habis terkejut, saya dipanggil keluar utk berjumpa dgn family lelaki. Setelah bacaan doa selamat, saya bersalam dengan semua ahli keluarga (perempuan) pihak lelaki. Masa tu, debaran dah hilang. Semua dah jadi normal. Ahaks.

Akhirnya, semua selesai jam 5 petang. Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar. Dan..Yang pastinya, saya akan bernikah pada 2 September 2011, iaitu Hari Raya Keempat. Rasa mcm tidak percaya tapi itulah kata sepakat kedua2 belah pihak keluarga. Di akhir majlis, semua tersenyum gembira lebih2 lagi saya dan si dia.Hehe. 

Bergambar bersama barang2 saya drpd pihak lelaki; puding, 2 psg kain dan nasi manis

Friday 3 June 2011

Balik Kampung!!!

Bila time balik kampung je, mmg hati suka sgt.Berbunga2.Bukan apa, jarang dapat balik. Bila dapat balik, memang gembira tak terkata. Dan perasaan itu tak pernah berubah sejak daripada zaman universiti lagi. Betul la kata orang, Rumahku Syurgaku. Bila balik kampung, terubat rindu pada mama, papa, K.ira, Rina dan Niswan. Ditambah pulak sekarang ni family semakin besar dengan kehadiran 2 org anak sedara laki yang comel dan cute sgt, lagilah semangat nak balik kampung tu berkobar-kobar..

Dan hari ini utk kesekian kalinya, saya akan pulang ke kampung halaman. Tempat di mana saya dilahirkan, dibesarkan dan dilimpahi kasih sayang. Yahoo!!Tak sabar nak pulang malam ni. Kat office skrg ni, hanya ada mood nak balik kampung je. Lagipun kerja dah settle.Huhu.

Tapi..saya balik kampung kali ni ada sedikit kelainan. Ada satu hajat dan harapan besar yang perlu dilaksanakan. Apa yer?Ehem..ehem..surprise utk diri sendiri. Dup! Dap!..berdebar rasanya. Malu pun ada. Haha. Apa pun, saya doakan utk diri sendiri semoga saya selamat sampai ke kampung dan semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkanNya. Amin.

Monday 30 May 2011

A Reminder For Myself!!

Tatkala masuk office seperti kebiasaan, e-mail office yang first dibuka dan dibaca dulu. Mana tau ader email yang penting. First email daripada big bos. Erm, ada kerja untuk tindakan. Ok, pesanan diterima. Lain-lain e-mail dibaca sepintas lalu sebab tak berapa penting. Tapi, ader satu e-mail yang saya rasa agak menarik dibaca dan membuat saya terkedu dan terdiam sekejab. Berfikir...

Banyak orang ingin segera berkahwin
tanpa ketetapan hati untuk tetap setia dan
menghormati isteri atau suami mereka nanti.

Masalah saat kita masih sendiri dan
masalah saat kita sudah terikat dalam pernikahan
itu sangat berbeza.
Dan perbezaan utamanya
adalah kesetiaan dan penghormatan
kepada satu sama lain.

Cacatnya kesetiaan dan penghormatan
kepada satu sama lain adalah
dua perosak utama perkahwinan.

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan
sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah
dari hasil sebuah kemesraan.

Dalam menghitung hari untuk melangkah ke hari bahagia, rupanya saya alpa bahawa saya akan menggalas satu tanggungjawab yang besar nanti. Bukan perkara yang boleh dibuat main-main tapi satu amanah yang besar dariNya. Kata-kata di atas sedikit sebanyak menyedarkan diri ini supaya sentiasa beringat dan percaya setiap yang terjadi ada tujuannya. A reminder for myself for today and onwards...;-)

Tuesday 24 May 2011

Think +Ve..

Benarlah kata orang, menasihati orang lain memanglah sgt senang tapi bila diri sendiri yang hadapi situasi tu mak ai mmg sgt susah..mmg terasa tak buleh berfikir dgn baik dan kdg2 mgkn di luar kawalan. Sebelum ni selalu jugak nasihat pada adik sendiri supaya sentiasa fikir positif lebih2 lagi dlm pelajaran.Kalau fail, tak bermakna fail selama-lamanya. "Jgn pk negatif tapi sentiasa lah fikir positif..fikir positif.." Terngiang2 ngn kata-kata sendiri pada adik.Tapi bila kena pada diri sendiri, agak susah jugak la nak berfikir sebegitu..

Berfikiran positif ni sebenarnya boleh apply utk semua aspek..dalam pelajaran, pekerjaan, persahabatan dan juga perhubungan. Kat sini saya nak sentuh aspek berfikiran positif dalam perhubungan. Perhubungan dengan insan istimewa. Bukanlah niat untuk membuka pekung di dada tapi sekadar ingin berkongsi apa yang saya rasa sbb saya bukanlah insan yang sempurna. Ada perasaan yang pelbagai dalam diri.

Memang tak dapat dinafikan bila dengan yang tersyg, perasaan akan jadi lebih sensitif. Jadi bermulalah fikiran2 yang pada awalnya positif bertukar jadi negatif. Bila jadi negatif tu lah yang bahaya. Diri sendiri yang sedih dan emosional.Sedangkan si dia tiada apa2 pun. Bila difikir2, sebenarnya semua salah diri sendiri sbb suka fikir negatif pasal si dia. Nasib baik si dia ni baik sgt tak cepat melatah. Si dia pulak yang menasihati saya supaya sentiasa fikir positif. Terbalik pulak.

Jadi mulai saat ini, saya akan cuba dan cuba walau mgkn kdg2 pyh untuk berfikiran positif tak kisah lah dalam semua hal sekalipun..:-)

p/s: Hidup mesti happy!!

Monday 16 May 2011

Selamat Hari Guru...

16 Mei 2011..Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru di Malaysia terutama yang mengajar saya sejak dari sekolah tadika hinggalah ke universiti..terima kasih banyak2 atas didikan dan dorongan guru-guru saya yang menjadikan saya seperti skrg ini..Walaupun saya ni takla bagus sgt tapi at least jadi manusia berguna jugak la..Alhamdulillah..

Teringat cita-cita masa kecil dulu..Guru atau cikgu merupakan cita-cita saya yang pertama sewaktu di sekolah rendah..memang suka dan minat sangat untuk menjadi cikgu..selalu jugak la berlakon jadi cikgu..terperap dalam bilik bukan buat kerja sekolah tapi duk sibuk berlakon mengajar..meja yang sepatutnya dijadikan meja belajar tapi digunakan sebagai papan hitam mcm kat sekolah..cuma bezanya saiz agak kecik dan warna coklat.Yerlah meja kayu untuk belajar. Kebetulan plak meja tu yang boleh tutup ke atas tu yang buleh buat sebagai papan hitam.hehehe..dan pen plak dijadikan sebagai kapur. Jadi bermulalah adegan lakonan itu tapi yang kesiannya tiada anak murid pun..berlakon sorang2 jer..hehehe..sampaikan sepupu saya menggelarkan saya seorang 'overacting'..ah, saya peduli apa..asalkan saya happy..;-)

Lama juga saya menyimpan cita2 tu sehinggalah satu hari di sekolah, seorang cikgu pada pendapat saya ketika itu, bersikap tidak adil dan pilih kasih. Mentang2lah saya ni tak cantik dan tak pandai jadi saya dimarah2 sesuka hati..masa tu sakit hati yang teramat dan kalau tak silap saya menangis dalam diam..dan sejak itu, saya benci cikgu..bukan setakat benci pada cikgu itu tapi benci pada profesion cikgu itu sendiri..Dengan sendirinya, cita-cita untuk menjadi cikgu terkubur begitu saja..sudah tiada lakonan dan latihan malah kebencian semata..

Sehinggalah sekarang ini, saya tidak menjadi seorang cikgu. Tetapi bila semakin dewasa, pemikiran pun semakin matang, saya terpikir tak baik membenci cikgu. Padahal melalui cikgu lah saya dapat meneruskan pengajian saya ke sekolah menengah dan seterusnya ke universiti. Bila difikir2, mungkin cikgu tu tak bersalah, saya yang bersalah. Saya yang telah buat kesilapan dan mmg patut dimarahi. Lagipun cikgu itu dah arwah..Maafkan saya cikgu..Al fatihah utk cikgu..

Bila kebencian itu telah tiada..rupanya masih ada terselit jauh di hati saya, cita2 yang dari dulu saya simpan..minat untuk menjadi seorang guru atau cikgu..kakak saya juga adalah seorang cikgu..daripada ceritanya, seronok rupanya jadi cikgu terutamanya bila mengajar di sekolah rendah..dari situ saya cuba memohon untuk menjadi cikgu melalui KPLI tetapi mungkin rezeki tak menyebelahi diri ini, saya tidak berjaya..

Erm, saya bersyukur dengan apa yang ada sekarang tapi masih bolehkah impian itu menjadi realiti??;-)


Monday 9 May 2011

INTRODUCTION (Final)

Bermulalah hariku di seksyen baru iaitu Seksyen B (nama dirahsiakan). Semuanya terasa janggal, malu, serba tak kena dan tak sng ddk di tempat baru..erm.."takper, awal2 mmg cmni dah lama oklah nanti" suara cuba berbisik menyedapkan hati sendiri..

Hari berganti hari..cukup sebulan saya di sini dapat saya rasakan perbezaan yang ketara antara Seksyen B dgn Seksyen A. Kalau di Seksyen A, mmg tak dpt dinafikan sibuk memanjang dan kerja kdg2 caca marba. Tapi di Seksyen B sebaliknya. Kerja mmg tak sibuk dan lebih fokus sbb kerja rutin. Seksyen B lebih kepada kerja sekretariat untuk mesyuarat VVIP (lebih krgla). Almost every week which is on Monday,  there will a meeting. Jadi, Seksyen B bertggjwb menguruskan segala kerja2 sekretariat sblm, semasa dan slps mesyrt. Mmg tu jer la kerjanya. Kalau takder meeting, mmg leisure ler jwbnyer. Mmg menfokus sgt. Dan yg plg best mmg takde stayback.Mmg tiap2 hari balik tajam2 kul 530 ptg cuma kdg2 kena stayback ari isnin dan jumaat kalau bos suruh.

Setakat ini, kerja yg saya telah buat ialah mengikut rakan sekerja ke tempat msyrt. Edar kertas dan apa2 yg berkaitan kpd ahli mesyrt. Kemudian, memerhati mcm mana rkn sekerja brief VVIP berkenaan seating arrangement. Setelah tamat msyrt, di pjbt, brdsrkn minit msyrt yg tlh siap, saya akan menghntr srt kepada pihak tertentu untuk makluman dan tindakan. Kemudian, saya juga akan mengumpulkan maklum balas pd setiap minggu berdsrkan msyrt yang lepas untuk dilaporkan kepada msyrt akan dtg. Selain itu,  saya akan membuat laporan bulanan berkenaan berapa kali msyrt tlh diadakan, berapa byk perkara telah dibincngkn dan berapa byk isu telah diselesaikan..

Walau pun nmpk mcm byk tapi sbnrnya kerja tu sgt sng yang boleh disiapkan dgn cepat. Format surat telah ada cuma replace dan tukar tarikh dan tajuk serta salin isi kandngn drpd minit. Mcm mklum balas yg diterima, apa yang saya perlu buat hanya salin semula dan mskkn dalam format yang sedia ada. Laporan pula guna format yang sedia ada cuma tunggu hjg bulan je. Bygkan semua tu saya dpt siapkan dlm 2-3 hari  dlm seminggu. Dan selebihnya, mmg takde kerja.

Tetiba rindu pada Seksyen A. Walau pun, kerja caca marba tapi at least ia membantu otak saya utk berfikir.  Mungkin juga culture shock sbb sblm ni  sibuk je dan tetiba skrg ni kerja kdg2 ada kdg2 takder. Mmg rasa agak pelik dan tak sng duduk. Rakan sekerja pula of course la takleh nak tanding dgn seksyen lama. Rasa sunyi sgt. Sedih rasanya dgn diri sendiri. Ya Allah, kuatkan hati ini untuk menghadapi dugaanmu ini..semua ni mgkn ada hikmah walaupun bukan kupinta jd begini..sob..sob..ku pasrah..

Jadi bermulalah satu idea dgn sokongan padu kwn juga untuk memulakan blog ini..Sweet Sour..Manis Masam kehidupanku.Ye ke?Entahla.Mgkn juga blog ni boleh jadi pencurah perasaan bila kebosanan nanti..huhu..

Tamat...

Thursday 5 May 2011

INTRODUCTION (Part II)

Tapi sekarang ni mcm smgt menulis tu kembali. Cam pelik jugak ngn diri sendiri. Kenapa yer??erm..mungkinkah??

Camni citernyer..selama 2 tahun yang lepas saya telah bertugas di bawah seksyen A (nama dirahsiakan). Ramai yang sedia maklum (yang berkenaan), seksyen A mmg terkenal dgn kesibukan yang amat sgt plus dgn bos yang very enthusiastic and high determination but agak kalut. Juga suka sgt nak buat kerja seksyen lain dan jadilah kerja yang semput dan caca merba. Mmg diakui dulu saya mmg sgt sibuk dgn kerja hakiki plus dgn kerja2 tambahan lain dek arahan bos yang srg tu. Nak bkk fb dan update status sendiri serta fren kat fb pun tak sempat. Email office yang masuk pun sempat baca yang penting dan berkaitan shj. Yang lain2 dibiarkan unread sehingga berpuluh2 or beratus. Dh tak ingt. Hari2 mmg ssh sgt nak blk sharp kul 530 ptg. Paling awal pun balik dlm 630 ptg. Kdg2 hjg mgu pun dtg. Kesian ngn diri sendiri. Dengan keadaan yang mcm ni, nak berblog mmg la jauh sekali tk sempat..

Sehinggalah pada satu hari..pada tarikh 11 March 2011, seksyen saya dikejutkan dgn berita yang agk sensasi dan gempak di kalangan yang berkenaan apabila tetiba Seksyen A telah dikecilkan fungsi dan peranannya. Ini kerana terdgr desas desus bahawa ada seseorg yang tak suka dgn bos saya itu maka diporak perandakan seksyen saya semasa ketiadaannya. Ekoran drpd itu, tidak dapat tidak pegawai yang bertugas di seksyen itu juga mesti dikurangkan. Dan yang paling sedih dan menyayat hati ialah antara org yang kena pindah adalah saya sendiri. Menitis air mata saya sbb sggh tak disangka dan terlalu sedih bukn sbb syg pd bos dan kerja di Seksyen A tapi sbb sedih terpksa berpisah dgn rakan taulan di seksyen tersebut yang sama2 mengharungi suka duka di situ. Rakan2 yang menjadi tmpt luahan perasaan dan gosip2 bila diri terlalu penat dan stress dgn kerja yang menimbun. 

Sedih..dan sedih..padahal sesuatu yang biasa dalam sektor Kerajaan setelah beberapa tahun bertugas kemudian ditukarkan ke tempat lain untuk penambahan pengetahuan dan pengalaman tapi itulah tak tahu kenapa sgt terkesan perasaan sedih tu di hati. Sebab mana mungkin akan jumpa lagi rakan seperjuangan yang sama seperti di Seksyen A. Kdg2 terpikir, kenapa dengan beban kerja yang byk dan caca marba, saya masih mampu bertahan di situ..rupa2nya kerna rakan taulan yang sama memahami dan saling membantu antara satu sama lain. Itulah yang membuat saya msh bertahan menjalani kerja seharian walaupun semput dan letih


Geng mkn yg suka mkn

Suka jgk posing
Semua kenangan bersama rakan seperjuangan di Seksyen A tidak dpt saya lupakan dan akan merinduinya selalu..sob..sob..

to be continue.....

INTRODUCTION (Part I)

Ehem..testing..testing..

Inilah kali pertama saya create my own blog. Semua perasaan bercampur baur. Excited, kekok, takut dan mcm2 lagi yang tak tahu nak describe semua ada..being the first time a.k.a a new born blog like an awkward..but deep inside insist me to try (ayat English tak berapa bagus)..huhu

Selama ni suka baca blog orang lain esp my old gud fren (lina rahim)..sgt enjoy baca blognya. Dirasakan blog merupakan satu medium yang bagus untuk story what happen to us and around us yang mungkin boleh dikategorikan sebagai unforgettable and memorable stories. Dan boleh dikatakan juga ia sebagai dairi harian cuma yang bezanya diari untuk diri sendiri tp blog lebih kepada perkongsian bersama. Apa pun, sharing is caring.

Saya masih ingat lagi masa di sekolah rendah, saya memang suka sangat menulis. Kalau karangan BM tu mmg menjadi org pertama yang akan buat dan siap. Bukan setakat homework yang cikgu bagi tapi siap buat latihan tambahan lagi untuk karangan BM. Tu sebab markah karangan BM selalu dapat markah tinggi walaupun bukan tertinggi dalam kelas.huhu.Bukan itu saja, untuk memantapkan lagi penulisan saya, saya telah membuat cerpen sendiri untuk majalah Dewan Pelajar. Kalau tak silap, tajuknya "Datukku sayang" berdasarkan kisah benar. Cerpen tu telah disemak oleh kakak saya dan dirasakan ayatnya telah diolah dengan baik (puji diri sendiri). Tapi mungkin bukan rezeki saya, cerpen tu tak disiarkan dalam majalah. Mungkin jalan cerita tak mencengkam kot..huhu..tapi semangat saya tak mati di situ, saya terus berkarya tapi untuk diri sendiri jerlah..hehehe..

Masa di sekolah menengah, dek kesibukan dan komitmen belajar yang tinggi, minat berkarya semakin berkurang. Apa yang sempat saya buat ialah menulis diari. Yang ni lebih kepada luahan diri sendiri. Bila dah semakin dewasa, semangat menulis tu dah berkurang dan berkurang. Nak berkarya jauh sekali menulis dairi pun tidak lagi. Semuanya telah hilang ditelan masa. Dan juga mungkin sebab perasaan MALAS yang membelenggu diri..

to be continue..