Tuesday 24 May 2011

Think +Ve..

Benarlah kata orang, menasihati orang lain memanglah sgt senang tapi bila diri sendiri yang hadapi situasi tu mak ai mmg sgt susah..mmg terasa tak buleh berfikir dgn baik dan kdg2 mgkn di luar kawalan. Sebelum ni selalu jugak nasihat pada adik sendiri supaya sentiasa fikir positif lebih2 lagi dlm pelajaran.Kalau fail, tak bermakna fail selama-lamanya. "Jgn pk negatif tapi sentiasa lah fikir positif..fikir positif.." Terngiang2 ngn kata-kata sendiri pada adik.Tapi bila kena pada diri sendiri, agak susah jugak la nak berfikir sebegitu..

Berfikiran positif ni sebenarnya boleh apply utk semua aspek..dalam pelajaran, pekerjaan, persahabatan dan juga perhubungan. Kat sini saya nak sentuh aspek berfikiran positif dalam perhubungan. Perhubungan dengan insan istimewa. Bukanlah niat untuk membuka pekung di dada tapi sekadar ingin berkongsi apa yang saya rasa sbb saya bukanlah insan yang sempurna. Ada perasaan yang pelbagai dalam diri.

Memang tak dapat dinafikan bila dengan yang tersyg, perasaan akan jadi lebih sensitif. Jadi bermulalah fikiran2 yang pada awalnya positif bertukar jadi negatif. Bila jadi negatif tu lah yang bahaya. Diri sendiri yang sedih dan emosional.Sedangkan si dia tiada apa2 pun. Bila difikir2, sebenarnya semua salah diri sendiri sbb suka fikir negatif pasal si dia. Nasib baik si dia ni baik sgt tak cepat melatah. Si dia pulak yang menasihati saya supaya sentiasa fikir positif. Terbalik pulak.

Jadi mulai saat ini, saya akan cuba dan cuba walau mgkn kdg2 pyh untuk berfikiran positif tak kisah lah dalam semua hal sekalipun..:-)

p/s: Hidup mesti happy!!

3 comments:

  1. kadang2 orang lain takde apa2 pun, kita je yang pk lebih2..hm..mainan setan agaknya tu

    ReplyDelete
  2. Rin, betullah kata orang2 tua, segala2nya bermula dengan 'fikiran'..Kalau fikiran kata boleh, insyaAllah boleh...kalau sebaliknya, memang la -ve..happy always ya?

    ReplyDelete
  3. Along/lina: aah betul..diri sendiri yang terpk lbh2. Suara dalam diri yang berkata-kata n lebih krg hasutan setan la tu..

    Mas: Erm..Fikiran la yang membawa kepada perbuatan..i agree..happy always..;-)

    ReplyDelete