Sunday 17 July 2011

Everything Happen for Reasons

Dah lama rasanya tak tulis blog..last entry kalau tak silap bulan lepas, Jun..erm..bukan dah malas tapi takder yang menarik sgt utk diceritakan. Tapi entry kali ni just to recall of several things happened unexpectedly to me this year.

1) Bertukar Seksyen

- Saya dah tulis sebenarnya mengenai hal ni dalam entry 'Introduction (final)' tapi just to recall my feeling at that time. Bila ditukarkan secara drastik malah tanpa diberi sebarang amaran pun, saya rasa macam batu menghempap diri. Rasa down sgt, demotivated, terbuang, tersisih dan tidak diperlukan. Hari2 dtg kerja dengan penuh kemalasan dan semangat yang sedikit. Sehinggakan kadang2 terfikir, kenapa saya diuji begini?Apa salah saya?

- Setelah 3 bulan lebih di Seksyen baru, saya dapati sebenarnya taklah teruk sgt. Hakikatnya, saya mempunyai lebih banyak masa untuk diri sendiri yang mana sebelum ini saya agak penat dan tertekan. Malah housemate saya pun perasan, sejak masuk seksyen lain, saya selalu balik awal (6 petang dah ada kat rumah). Dan kami ada masa nak berborak dan mkn sama. Perkembangan positif saya rasakan. Pendek kata, hidup saya agak terurus, tak stress dan yang paling penting kerja saya menfokus. Cuma kadang2 saya rindu pada keakraban teman2 di seksyen lama..Itu yang tak boleh ditukar ganti..huhu..

2) Bakal Mendirikan Masjid

- Perkara kedua yang saya tak sangka akan berlaku pada saya tahun ni; saya akan kawin..Serius, macam tak percaya je. Daripada seorang yang memang solo bertahun2 tetiba ada jejaka dtg mengetuk pintu setahun yang lepas dan tup2 tahun ni dah nak kawin. Sangat teruja. Maklumlah umur dah meningkat dan majoriti kawan2 rapat dah ke arah itu. Kehadiranya memang tepat pada masanya. Syukur padaMu Ya Allah.Semoga majlis nanti berlangsung dgn lancar. Sebulan lebih je lagi tinggal..;-)

3) Mendapat Jawatan Tetap

- Alhamdulillah. Sekali lagi kupanjatkan kesyukuran padaMu Ya Allah atas kurniaanMu ini. Dalam pada saya merangkak2 membina kesabaran diri di seksyen baru dan membilang hari meniti hari bahagia, rupanya ada satu lagi hadiah besar untuk saya. Saya telah mendapat pekerjaan baru dan tetap. Selama dua tahun saya resah dan risau yang tak berpenghujung mengenangkan kerja yang berstatus kontrak dan akhirnya kini saya sedikit lega. Walaupun pekerjaan yang saya dapat ni benar2 baru dan langsung tidak berkaitan dengan pekerjaan yang saya telah buat selama dua tahun lebih ni, tapi saya redha. Semua ni rezekiNya. Dan hari ini tatkala saya menulis blog ni, merupakan hari cuti terakhir saya sebelum saya memulakan fasa kerja baru saya esok. Berdebar rasanya. Mungkinkah ia lebih baik atau sebaliknya?Ataukah ia lebih mencabar? Saya hanya berserah padaNya kerana Dia yang lebih mengetahui apa yang baik utk diri ini.

3 perkara di atas bukanlah diceritakan utk membangga diri atau saja utk suka2 tapi lebih utk renungan saya sendiri. Semua yang berlaku pasti ada sebabnya dan semuanya adalah mengikut ketentuanNya. Tuhan telah mengatur hidup hambaNya dengan begitu tersusun dan baik sekali cuma terpulang kepada hambaNya utk mencoraknya mengikut cara apa sekalipun. Yang penting kita perlu sentiasa bersabar, tidak berputus asa dan berdoa serta bertawakal padaNya. Thank you Allah!