Monday 30 May 2011

A Reminder For Myself!!

Tatkala masuk office seperti kebiasaan, e-mail office yang first dibuka dan dibaca dulu. Mana tau ader email yang penting. First email daripada big bos. Erm, ada kerja untuk tindakan. Ok, pesanan diterima. Lain-lain e-mail dibaca sepintas lalu sebab tak berapa penting. Tapi, ader satu e-mail yang saya rasa agak menarik dibaca dan membuat saya terkedu dan terdiam sekejab. Berfikir...

Banyak orang ingin segera berkahwin
tanpa ketetapan hati untuk tetap setia dan
menghormati isteri atau suami mereka nanti.

Masalah saat kita masih sendiri dan
masalah saat kita sudah terikat dalam pernikahan
itu sangat berbeza.
Dan perbezaan utamanya
adalah kesetiaan dan penghormatan
kepada satu sama lain.

Cacatnya kesetiaan dan penghormatan
kepada satu sama lain adalah
dua perosak utama perkahwinan.

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan
sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah
dari hasil sebuah kemesraan.

Dalam menghitung hari untuk melangkah ke hari bahagia, rupanya saya alpa bahawa saya akan menggalas satu tanggungjawab yang besar nanti. Bukan perkara yang boleh dibuat main-main tapi satu amanah yang besar dariNya. Kata-kata di atas sedikit sebanyak menyedarkan diri ini supaya sentiasa beringat dan percaya setiap yang terjadi ada tujuannya. A reminder for myself for today and onwards...;-)

Tuesday 24 May 2011

Think +Ve..

Benarlah kata orang, menasihati orang lain memanglah sgt senang tapi bila diri sendiri yang hadapi situasi tu mak ai mmg sgt susah..mmg terasa tak buleh berfikir dgn baik dan kdg2 mgkn di luar kawalan. Sebelum ni selalu jugak nasihat pada adik sendiri supaya sentiasa fikir positif lebih2 lagi dlm pelajaran.Kalau fail, tak bermakna fail selama-lamanya. "Jgn pk negatif tapi sentiasa lah fikir positif..fikir positif.." Terngiang2 ngn kata-kata sendiri pada adik.Tapi bila kena pada diri sendiri, agak susah jugak la nak berfikir sebegitu..

Berfikiran positif ni sebenarnya boleh apply utk semua aspek..dalam pelajaran, pekerjaan, persahabatan dan juga perhubungan. Kat sini saya nak sentuh aspek berfikiran positif dalam perhubungan. Perhubungan dengan insan istimewa. Bukanlah niat untuk membuka pekung di dada tapi sekadar ingin berkongsi apa yang saya rasa sbb saya bukanlah insan yang sempurna. Ada perasaan yang pelbagai dalam diri.

Memang tak dapat dinafikan bila dengan yang tersyg, perasaan akan jadi lebih sensitif. Jadi bermulalah fikiran2 yang pada awalnya positif bertukar jadi negatif. Bila jadi negatif tu lah yang bahaya. Diri sendiri yang sedih dan emosional.Sedangkan si dia tiada apa2 pun. Bila difikir2, sebenarnya semua salah diri sendiri sbb suka fikir negatif pasal si dia. Nasib baik si dia ni baik sgt tak cepat melatah. Si dia pulak yang menasihati saya supaya sentiasa fikir positif. Terbalik pulak.

Jadi mulai saat ini, saya akan cuba dan cuba walau mgkn kdg2 pyh untuk berfikiran positif tak kisah lah dalam semua hal sekalipun..:-)

p/s: Hidup mesti happy!!

Monday 16 May 2011

Selamat Hari Guru...

16 Mei 2011..Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru di Malaysia terutama yang mengajar saya sejak dari sekolah tadika hinggalah ke universiti..terima kasih banyak2 atas didikan dan dorongan guru-guru saya yang menjadikan saya seperti skrg ini..Walaupun saya ni takla bagus sgt tapi at least jadi manusia berguna jugak la..Alhamdulillah..

Teringat cita-cita masa kecil dulu..Guru atau cikgu merupakan cita-cita saya yang pertama sewaktu di sekolah rendah..memang suka dan minat sangat untuk menjadi cikgu..selalu jugak la berlakon jadi cikgu..terperap dalam bilik bukan buat kerja sekolah tapi duk sibuk berlakon mengajar..meja yang sepatutnya dijadikan meja belajar tapi digunakan sebagai papan hitam mcm kat sekolah..cuma bezanya saiz agak kecik dan warna coklat.Yerlah meja kayu untuk belajar. Kebetulan plak meja tu yang boleh tutup ke atas tu yang buleh buat sebagai papan hitam.hehehe..dan pen plak dijadikan sebagai kapur. Jadi bermulalah adegan lakonan itu tapi yang kesiannya tiada anak murid pun..berlakon sorang2 jer..hehehe..sampaikan sepupu saya menggelarkan saya seorang 'overacting'..ah, saya peduli apa..asalkan saya happy..;-)

Lama juga saya menyimpan cita2 tu sehinggalah satu hari di sekolah, seorang cikgu pada pendapat saya ketika itu, bersikap tidak adil dan pilih kasih. Mentang2lah saya ni tak cantik dan tak pandai jadi saya dimarah2 sesuka hati..masa tu sakit hati yang teramat dan kalau tak silap saya menangis dalam diam..dan sejak itu, saya benci cikgu..bukan setakat benci pada cikgu itu tapi benci pada profesion cikgu itu sendiri..Dengan sendirinya, cita-cita untuk menjadi cikgu terkubur begitu saja..sudah tiada lakonan dan latihan malah kebencian semata..

Sehinggalah sekarang ini, saya tidak menjadi seorang cikgu. Tetapi bila semakin dewasa, pemikiran pun semakin matang, saya terpikir tak baik membenci cikgu. Padahal melalui cikgu lah saya dapat meneruskan pengajian saya ke sekolah menengah dan seterusnya ke universiti. Bila difikir2, mungkin cikgu tu tak bersalah, saya yang bersalah. Saya yang telah buat kesilapan dan mmg patut dimarahi. Lagipun cikgu itu dah arwah..Maafkan saya cikgu..Al fatihah utk cikgu..

Bila kebencian itu telah tiada..rupanya masih ada terselit jauh di hati saya, cita2 yang dari dulu saya simpan..minat untuk menjadi seorang guru atau cikgu..kakak saya juga adalah seorang cikgu..daripada ceritanya, seronok rupanya jadi cikgu terutamanya bila mengajar di sekolah rendah..dari situ saya cuba memohon untuk menjadi cikgu melalui KPLI tetapi mungkin rezeki tak menyebelahi diri ini, saya tidak berjaya..

Erm, saya bersyukur dengan apa yang ada sekarang tapi masih bolehkah impian itu menjadi realiti??;-)


Monday 9 May 2011

INTRODUCTION (Final)

Bermulalah hariku di seksyen baru iaitu Seksyen B (nama dirahsiakan). Semuanya terasa janggal, malu, serba tak kena dan tak sng ddk di tempat baru..erm.."takper, awal2 mmg cmni dah lama oklah nanti" suara cuba berbisik menyedapkan hati sendiri..

Hari berganti hari..cukup sebulan saya di sini dapat saya rasakan perbezaan yang ketara antara Seksyen B dgn Seksyen A. Kalau di Seksyen A, mmg tak dpt dinafikan sibuk memanjang dan kerja kdg2 caca marba. Tapi di Seksyen B sebaliknya. Kerja mmg tak sibuk dan lebih fokus sbb kerja rutin. Seksyen B lebih kepada kerja sekretariat untuk mesyuarat VVIP (lebih krgla). Almost every week which is on Monday,  there will a meeting. Jadi, Seksyen B bertggjwb menguruskan segala kerja2 sekretariat sblm, semasa dan slps mesyrt. Mmg tu jer la kerjanya. Kalau takder meeting, mmg leisure ler jwbnyer. Mmg menfokus sgt. Dan yg plg best mmg takde stayback.Mmg tiap2 hari balik tajam2 kul 530 ptg cuma kdg2 kena stayback ari isnin dan jumaat kalau bos suruh.

Setakat ini, kerja yg saya telah buat ialah mengikut rakan sekerja ke tempat msyrt. Edar kertas dan apa2 yg berkaitan kpd ahli mesyrt. Kemudian, memerhati mcm mana rkn sekerja brief VVIP berkenaan seating arrangement. Setelah tamat msyrt, di pjbt, brdsrkn minit msyrt yg tlh siap, saya akan menghntr srt kepada pihak tertentu untuk makluman dan tindakan. Kemudian, saya juga akan mengumpulkan maklum balas pd setiap minggu berdsrkan msyrt yang lepas untuk dilaporkan kepada msyrt akan dtg. Selain itu,  saya akan membuat laporan bulanan berkenaan berapa kali msyrt tlh diadakan, berapa byk perkara telah dibincngkn dan berapa byk isu telah diselesaikan..

Walau pun nmpk mcm byk tapi sbnrnya kerja tu sgt sng yang boleh disiapkan dgn cepat. Format surat telah ada cuma replace dan tukar tarikh dan tajuk serta salin isi kandngn drpd minit. Mcm mklum balas yg diterima, apa yang saya perlu buat hanya salin semula dan mskkn dalam format yang sedia ada. Laporan pula guna format yang sedia ada cuma tunggu hjg bulan je. Bygkan semua tu saya dpt siapkan dlm 2-3 hari  dlm seminggu. Dan selebihnya, mmg takde kerja.

Tetiba rindu pada Seksyen A. Walau pun, kerja caca marba tapi at least ia membantu otak saya utk berfikir.  Mungkin juga culture shock sbb sblm ni  sibuk je dan tetiba skrg ni kerja kdg2 ada kdg2 takder. Mmg rasa agak pelik dan tak sng duduk. Rakan sekerja pula of course la takleh nak tanding dgn seksyen lama. Rasa sunyi sgt. Sedih rasanya dgn diri sendiri. Ya Allah, kuatkan hati ini untuk menghadapi dugaanmu ini..semua ni mgkn ada hikmah walaupun bukan kupinta jd begini..sob..sob..ku pasrah..

Jadi bermulalah satu idea dgn sokongan padu kwn juga untuk memulakan blog ini..Sweet Sour..Manis Masam kehidupanku.Ye ke?Entahla.Mgkn juga blog ni boleh jadi pencurah perasaan bila kebosanan nanti..huhu..

Tamat...

Thursday 5 May 2011

INTRODUCTION (Part II)

Tapi sekarang ni mcm smgt menulis tu kembali. Cam pelik jugak ngn diri sendiri. Kenapa yer??erm..mungkinkah??

Camni citernyer..selama 2 tahun yang lepas saya telah bertugas di bawah seksyen A (nama dirahsiakan). Ramai yang sedia maklum (yang berkenaan), seksyen A mmg terkenal dgn kesibukan yang amat sgt plus dgn bos yang very enthusiastic and high determination but agak kalut. Juga suka sgt nak buat kerja seksyen lain dan jadilah kerja yang semput dan caca merba. Mmg diakui dulu saya mmg sgt sibuk dgn kerja hakiki plus dgn kerja2 tambahan lain dek arahan bos yang srg tu. Nak bkk fb dan update status sendiri serta fren kat fb pun tak sempat. Email office yang masuk pun sempat baca yang penting dan berkaitan shj. Yang lain2 dibiarkan unread sehingga berpuluh2 or beratus. Dh tak ingt. Hari2 mmg ssh sgt nak blk sharp kul 530 ptg. Paling awal pun balik dlm 630 ptg. Kdg2 hjg mgu pun dtg. Kesian ngn diri sendiri. Dengan keadaan yang mcm ni, nak berblog mmg la jauh sekali tk sempat..

Sehinggalah pada satu hari..pada tarikh 11 March 2011, seksyen saya dikejutkan dgn berita yang agk sensasi dan gempak di kalangan yang berkenaan apabila tetiba Seksyen A telah dikecilkan fungsi dan peranannya. Ini kerana terdgr desas desus bahawa ada seseorg yang tak suka dgn bos saya itu maka diporak perandakan seksyen saya semasa ketiadaannya. Ekoran drpd itu, tidak dapat tidak pegawai yang bertugas di seksyen itu juga mesti dikurangkan. Dan yang paling sedih dan menyayat hati ialah antara org yang kena pindah adalah saya sendiri. Menitis air mata saya sbb sggh tak disangka dan terlalu sedih bukn sbb syg pd bos dan kerja di Seksyen A tapi sbb sedih terpksa berpisah dgn rakan taulan di seksyen tersebut yang sama2 mengharungi suka duka di situ. Rakan2 yang menjadi tmpt luahan perasaan dan gosip2 bila diri terlalu penat dan stress dgn kerja yang menimbun. 

Sedih..dan sedih..padahal sesuatu yang biasa dalam sektor Kerajaan setelah beberapa tahun bertugas kemudian ditukarkan ke tempat lain untuk penambahan pengetahuan dan pengalaman tapi itulah tak tahu kenapa sgt terkesan perasaan sedih tu di hati. Sebab mana mungkin akan jumpa lagi rakan seperjuangan yang sama seperti di Seksyen A. Kdg2 terpikir, kenapa dengan beban kerja yang byk dan caca marba, saya masih mampu bertahan di situ..rupa2nya kerna rakan taulan yang sama memahami dan saling membantu antara satu sama lain. Itulah yang membuat saya msh bertahan menjalani kerja seharian walaupun semput dan letih


Geng mkn yg suka mkn

Suka jgk posing
Semua kenangan bersama rakan seperjuangan di Seksyen A tidak dpt saya lupakan dan akan merinduinya selalu..sob..sob..

to be continue.....

INTRODUCTION (Part I)

Ehem..testing..testing..

Inilah kali pertama saya create my own blog. Semua perasaan bercampur baur. Excited, kekok, takut dan mcm2 lagi yang tak tahu nak describe semua ada..being the first time a.k.a a new born blog like an awkward..but deep inside insist me to try (ayat English tak berapa bagus)..huhu

Selama ni suka baca blog orang lain esp my old gud fren (lina rahim)..sgt enjoy baca blognya. Dirasakan blog merupakan satu medium yang bagus untuk story what happen to us and around us yang mungkin boleh dikategorikan sebagai unforgettable and memorable stories. Dan boleh dikatakan juga ia sebagai dairi harian cuma yang bezanya diari untuk diri sendiri tp blog lebih kepada perkongsian bersama. Apa pun, sharing is caring.

Saya masih ingat lagi masa di sekolah rendah, saya memang suka sangat menulis. Kalau karangan BM tu mmg menjadi org pertama yang akan buat dan siap. Bukan setakat homework yang cikgu bagi tapi siap buat latihan tambahan lagi untuk karangan BM. Tu sebab markah karangan BM selalu dapat markah tinggi walaupun bukan tertinggi dalam kelas.huhu.Bukan itu saja, untuk memantapkan lagi penulisan saya, saya telah membuat cerpen sendiri untuk majalah Dewan Pelajar. Kalau tak silap, tajuknya "Datukku sayang" berdasarkan kisah benar. Cerpen tu telah disemak oleh kakak saya dan dirasakan ayatnya telah diolah dengan baik (puji diri sendiri). Tapi mungkin bukan rezeki saya, cerpen tu tak disiarkan dalam majalah. Mungkin jalan cerita tak mencengkam kot..huhu..tapi semangat saya tak mati di situ, saya terus berkarya tapi untuk diri sendiri jerlah..hehehe..

Masa di sekolah menengah, dek kesibukan dan komitmen belajar yang tinggi, minat berkarya semakin berkurang. Apa yang sempat saya buat ialah menulis diari. Yang ni lebih kepada luahan diri sendiri. Bila dah semakin dewasa, semangat menulis tu dah berkurang dan berkurang. Nak berkarya jauh sekali menulis dairi pun tidak lagi. Semuanya telah hilang ditelan masa. Dan juga mungkin sebab perasaan MALAS yang membelenggu diri..

to be continue..