Monday 16 May 2011

Selamat Hari Guru...

16 Mei 2011..Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru di Malaysia terutama yang mengajar saya sejak dari sekolah tadika hinggalah ke universiti..terima kasih banyak2 atas didikan dan dorongan guru-guru saya yang menjadikan saya seperti skrg ini..Walaupun saya ni takla bagus sgt tapi at least jadi manusia berguna jugak la..Alhamdulillah..

Teringat cita-cita masa kecil dulu..Guru atau cikgu merupakan cita-cita saya yang pertama sewaktu di sekolah rendah..memang suka dan minat sangat untuk menjadi cikgu..selalu jugak la berlakon jadi cikgu..terperap dalam bilik bukan buat kerja sekolah tapi duk sibuk berlakon mengajar..meja yang sepatutnya dijadikan meja belajar tapi digunakan sebagai papan hitam mcm kat sekolah..cuma bezanya saiz agak kecik dan warna coklat.Yerlah meja kayu untuk belajar. Kebetulan plak meja tu yang boleh tutup ke atas tu yang buleh buat sebagai papan hitam.hehehe..dan pen plak dijadikan sebagai kapur. Jadi bermulalah adegan lakonan itu tapi yang kesiannya tiada anak murid pun..berlakon sorang2 jer..hehehe..sampaikan sepupu saya menggelarkan saya seorang 'overacting'..ah, saya peduli apa..asalkan saya happy..;-)

Lama juga saya menyimpan cita2 tu sehinggalah satu hari di sekolah, seorang cikgu pada pendapat saya ketika itu, bersikap tidak adil dan pilih kasih. Mentang2lah saya ni tak cantik dan tak pandai jadi saya dimarah2 sesuka hati..masa tu sakit hati yang teramat dan kalau tak silap saya menangis dalam diam..dan sejak itu, saya benci cikgu..bukan setakat benci pada cikgu itu tapi benci pada profesion cikgu itu sendiri..Dengan sendirinya, cita-cita untuk menjadi cikgu terkubur begitu saja..sudah tiada lakonan dan latihan malah kebencian semata..

Sehinggalah sekarang ini, saya tidak menjadi seorang cikgu. Tetapi bila semakin dewasa, pemikiran pun semakin matang, saya terpikir tak baik membenci cikgu. Padahal melalui cikgu lah saya dapat meneruskan pengajian saya ke sekolah menengah dan seterusnya ke universiti. Bila difikir2, mungkin cikgu tu tak bersalah, saya yang bersalah. Saya yang telah buat kesilapan dan mmg patut dimarahi. Lagipun cikgu itu dah arwah..Maafkan saya cikgu..Al fatihah utk cikgu..

Bila kebencian itu telah tiada..rupanya masih ada terselit jauh di hati saya, cita2 yang dari dulu saya simpan..minat untuk menjadi seorang guru atau cikgu..kakak saya juga adalah seorang cikgu..daripada ceritanya, seronok rupanya jadi cikgu terutamanya bila mengajar di sekolah rendah..dari situ saya cuba memohon untuk menjadi cikgu melalui KPLI tetapi mungkin rezeki tak menyebelahi diri ini, saya tidak berjaya..

Erm, saya bersyukur dengan apa yang ada sekarang tapi masih bolehkah impian itu menjadi realiti??;-)


No comments:

Post a Comment