Monday 30 May 2011

A Reminder For Myself!!

Tatkala masuk office seperti kebiasaan, e-mail office yang first dibuka dan dibaca dulu. Mana tau ader email yang penting. First email daripada big bos. Erm, ada kerja untuk tindakan. Ok, pesanan diterima. Lain-lain e-mail dibaca sepintas lalu sebab tak berapa penting. Tapi, ader satu e-mail yang saya rasa agak menarik dibaca dan membuat saya terkedu dan terdiam sekejab. Berfikir...

Banyak orang ingin segera berkahwin
tanpa ketetapan hati untuk tetap setia dan
menghormati isteri atau suami mereka nanti.

Masalah saat kita masih sendiri dan
masalah saat kita sudah terikat dalam pernikahan
itu sangat berbeza.
Dan perbezaan utamanya
adalah kesetiaan dan penghormatan
kepada satu sama lain.

Cacatnya kesetiaan dan penghormatan
kepada satu sama lain adalah
dua perosak utama perkahwinan.

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan
sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah
dari hasil sebuah kemesraan.

Dalam menghitung hari untuk melangkah ke hari bahagia, rupanya saya alpa bahawa saya akan menggalas satu tanggungjawab yang besar nanti. Bukan perkara yang boleh dibuat main-main tapi satu amanah yang besar dariNya. Kata-kata di atas sedikit sebanyak menyedarkan diri ini supaya sentiasa beringat dan percaya setiap yang terjadi ada tujuannya. A reminder for myself for today and onwards...;-)

1 comment:

  1. dear, i luv this..sungguh menarik and something to ponder...

    ReplyDelete