Friday 3 June 2011

Balik Kampung!!!

Bila time balik kampung je, mmg hati suka sgt.Berbunga2.Bukan apa, jarang dapat balik. Bila dapat balik, memang gembira tak terkata. Dan perasaan itu tak pernah berubah sejak daripada zaman universiti lagi. Betul la kata orang, Rumahku Syurgaku. Bila balik kampung, terubat rindu pada mama, papa, K.ira, Rina dan Niswan. Ditambah pulak sekarang ni family semakin besar dengan kehadiran 2 org anak sedara laki yang comel dan cute sgt, lagilah semangat nak balik kampung tu berkobar-kobar..

Dan hari ini utk kesekian kalinya, saya akan pulang ke kampung halaman. Tempat di mana saya dilahirkan, dibesarkan dan dilimpahi kasih sayang. Yahoo!!Tak sabar nak pulang malam ni. Kat office skrg ni, hanya ada mood nak balik kampung je. Lagipun kerja dah settle.Huhu.

Tapi..saya balik kampung kali ni ada sedikit kelainan. Ada satu hajat dan harapan besar yang perlu dilaksanakan. Apa yer?Ehem..ehem..surprise utk diri sendiri. Dup! Dap!..berdebar rasanya. Malu pun ada. Haha. Apa pun, saya doakan utk diri sendiri semoga saya selamat sampai ke kampung dan semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkanNya. Amin.

4 comments:

  1. jangan lupa share dan wark2kan berita gembira sekembali dari kampung..moga2 selamat semuanya..

    ReplyDelete
  2. Rin, tak sangka ya?cepat jodoh rin..happy for you dear..

    ReplyDelete
  3. Mas; Alhamdulillah..dah sampai seru agaknyer;-)

    ReplyDelete