Sunday 5 June 2011

My Day..

Nak tahu kenapa semalam, 4 Jun 2011 (Sabtu) adalah hari saya?Erm..sebenarnya tujuan kali ni saya balik kampung sebab saya akan dirisik. Huhu. Tu yang berdebar lain mcm. Tapi suka dan happy sangat (gatal ke?)hehehe..

Pagi tu saya sampai di rumah jam 730 pagi setelah semalaman dalam bas. Saya dapati kebanyakannya dah hampir settle. Bab masak, mama dah buatkan. Bab membalut dan menghias barang2 utk pihak lelaki pun dah dibuat oleh Kak Ira. Saya cuma bawa balik diri sendiri je. Terharunya rasanya dengan sokongan family. Terima Kasih. Jadi, saya tolonglah apa yang patut utk menjadikan seratus peratus settle.

Dimaklumkan pihak lelaki akan datang selepas zuhur. Elok sangat la tu sebab ada masa utk pihak kami membuat persiapan. Erm, tetiba terpikir, utk majlis ni, saya nak pakai baju apa yer?Sebab balik ni memang tak bawa baju pun. Lagipun bukan majlis bertunang pun yang beriya nak beli baju lawa2. Hehe. Last2, ambik jerlah baju yang berkenan dalam almari. Selepas solat zuhur, saya bersiap2 dan begitu jugak yang lain. Dalam hati berdebar-debar sebab hari ini penentu bila saya dan si dia akan disatukan. Hehe.

Jam 3 petang, pihak lelaki masih belum tiba. Semua dah tanya2 saya sebab semua dah sedia. Lebih2 lagi papa, dah duduk kat ruang tamu. Sesekali terjenguk2 ke luar tingkap. Cewah. Tanpa menghampakan semua yang dah sedia dan tak sbr, saya sms si dia. Dan beberapa minit kemudian, msg saya dibalas. Katanya "On the way". Fuh!Lega. Sambil menunggu tu, sempatlah saya posing pelbagai di hari yang bahagia ini. Hehe.

Menunggu dengan sabar

Bersama barang2 untuk pihak Lelaki; Makanan, Baju Melayu dan kek

Jam 315 petang, pihak lelaki pun tiba. Saya tersenyum melerek (Boleh byg x muka saya?). Hehe. Tapi mama dan mak sedara sempat pesan kat saya, saya kena tunggu dalam bilik je. Takleh join perbincangan dua belah keluarga. So apa lagi, saya menurut perintah. Tunggu lah saya dalam bilik sehinggalah dipanggil.

Nasib baiklah saya ada sepupu yang sporting. Dialah yang mereport kat saya apa yang terjadi kat luar. At least saya taulah sket2 apa yang dibincangkan di luar walaupun saya hanya duduk dalam bilik. Pertama kali masuk, sepupu saya bagitau perbincangan belum bermula, diorang di luar tengah makan2 isi perut terlebih dahulu sebelum berbincang panjang. Kali kedua masuk, sepupu up date kat saya perbincangan telah bermula. Masa tu bertambah2 berdebar. Kali ketiga masuk, sepupu bagitau, perbincangan hebat antara dua belah pihak nak tetapkan tarikh utk nikah dan kenduri. Samada bulan 9@10@11@12. Tapi katanya mcm bulan 12. Saya masa tu, redha dan terima apa sahaja tarikh yang dipersetujui kedua2 pihak. Kali Keempat dan itulah kali terakhir sepupu masuk bawa berita yang paling finalise, katanya, bulan 9, Hari Raya Keempat. Masa tu saya terkebil2 terkejut. Betul ke? Belum habis terkejut, saya dipanggil keluar utk berjumpa dgn family lelaki. Setelah bacaan doa selamat, saya bersalam dengan semua ahli keluarga (perempuan) pihak lelaki. Masa tu, debaran dah hilang. Semua dah jadi normal. Ahaks.

Akhirnya, semua selesai jam 5 petang. Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar. Dan..Yang pastinya, saya akan bernikah pada 2 September 2011, iaitu Hari Raya Keempat. Rasa mcm tidak percaya tapi itulah kata sepakat kedua2 belah pihak keluarga. Di akhir majlis, semua tersenyum gembira lebih2 lagi saya dan si dia.Hehe. 

Bergambar bersama barang2 saya drpd pihak lelaki; puding, 2 psg kain dan nasi manis

9 comments:

  1. rinnn, rin akwen lg cepatttttttt!! nampaknya jd org terakhir yg akan akwenla cmni uwaaa ahahah apapun, i am happy for u, congrats sayanggg :)

    ReplyDelete
  2. Cher, rin cepat sket jer dr cher..tapi yang pasti majlis cher lagi gempak sbb dah plan lama. Majlis rin simple jer nanti cm tuannya lah..hehe..

    ReplyDelete
  3. wah so fast..! tapi bagus, benda baik elok dipercepatkan, kami semua nak tunggu anak sedara dari Rin lah.. :-)

    ReplyDelete
  4. Along buleh dtg x?Jemput dtg tau..nanti bila dah siap kad, rin bagi kad k. Anak?hehe..kalau ader rezeki cepat, rin tak menolak..;-)

    ReplyDelete
  5. hari raya ke4 tu hari sabtu kah? kalau hari sabtu InsyaAllah boleh datang..

    ReplyDelete
  6. Hari Jumaat..rin faham..time raya agk susah nak datang..tapi takper, rin jemput jugak along..kalau along free dan takde aral, datang la ngn suami leh berjln2 kat kb..;-)

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah kami datang..Along da discuss dengan Abang Long, dia kata ok je..Tengoklah kami naik flight je kot dr KL-KB..

    ReplyDelete
  8. Rin, walaupun dah lama citer ni nak cakap jugak yg i'm happy for u..saya doakan moga dipermudahkan hari bahagia Rin tu yer..hihi..comel rin dgn baju pink itu. i like..simple and nice :-)

    ReplyDelete
  9. Along; Tq along..nanti rin sediakan penginapan..jgn risau...
    Mas; Mudah2an..Thanks a lot mas..saya kan penggemar pink..hehehe

    ReplyDelete