Thursday 16 June 2011

Ilmu Hari Ini..

Pagi hari ini saya tak melepaskan peluang untuk menyertai satu seminar yang sangat menarik hati saya. Tajuk seminar tu berbunyi; Seminar Pemantapan Keluarga : Perkahwinan Jambatan Syurga anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Rata-rata yang menyertai seminar ni adalah mereka yang sudah berkahwin. Tetapi saya fikir why not saya pergi untuk mendapatkan ilmu lagipun saya pun insya Allah akan ke arah itu nanti. At least ia sebagai panduan untuk saya melengkapkan diri saya sebagai seorang isteri kelak. Seram sejuk pulak bunyinya.

Bila sampai ke dewan seminar, mak ai terkejut saya melihat sambutan yang luar biasa. Bayangkan dewan tu boleh memuatkan 500 orang tapi yang hadirnya lebih daripada tu. Terpaksalah pihak urusetia menyediakan kerusi tambahan dan duduklah mereka di tempat yang mana patut. Tapi nampaknya semua rela sebab tak lain tak bukan, nak dapatkan ilmu drpd seminar ni. Ingatkan saya jer yang tertarik dgn seminar ni rupanya yang lain2 pun sama. Lagipun panel yang memberikan ceramah bukan calang2 orang termasuklah YBhg. Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah. Orang yang famous satu Malaysia tu. Sebab tu ramai yang berpusu-pusu datang ke seminar ni termasuklah saya. Hehe.

Straight to the point. Rasanya eloklah saya berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang saya dapat hari ini daripada seminar ni. Untuk peringatan kepada saya juga sebab manusia mudah lupa. Ada 2 topik utama yang dikupas oleh panel dalam seminar ni; i) Mahligai Merana (2M) dan ii) Ketrampilan Suami Isteri Pemangkin Rumah Tangga Bahagia.

i) Mahligai Merana (2M)

- 2M memberi makna sebuah rumahtangga yang tidak bahagia/merana ekoran daripada penghuninya yang tidak menjalankan peranan/tanggungjawab masing2 dengan sempurna. Maka, untuk mengelakkan terjadinya 2M ini, terdapat 3 perkara yang perlu dilakukan iaitu 1) Keimanan; 2) Sentiasa memperbaiki diri; dan 3) Masing2 hendaklah bertanggungjwb melaksanakan tanggungjawab dlm rumahtangga.

- Sekiranya 3 perkara di atas sentiasa dipraktikkan, jiwa akan tenang dan tenteram sekaligus melahirkan kasih sayang yang suci dalam rumahtangga dan akhirnya rumahtangga itu akan diberkati dan dirahmatiNya.

ii) Ketrampilan Suami Isteri Pemangkin Rumah Tangga Bahagia

- Terdapat 23 cara yang diketengahkan oleh YBhg Dato' Dr. Hj Fadzilah Kamsah untuk topik kedua ini seperti berikut:

- 1) Kenal Mengenali; 2) Faham Memahami; 3) Berlapang Dada; 4) Redha Meredhai; 5) Tolong Menolong; 6) Taqwa dan Taat; 7) Tindakan Tepat; 8) Tetangga yang baik; 9) Tampan vs Cute; 10) Tawaduk; 11) Kelakar; 12) Cemburu bertempat; 13) Mendorong; 14) Mendidik; 15) Mencari persamaan; 16) Memaafkan; 17) Romantik; 18) Jadi cermin; 19) Perawat; 20) Membelai selalu; 21) Komunikasi berhikmah; 22) Menjadi kebanggaan pasangan; dan 23) Sentiasa mencari ilmu.

Sebenarnya banyak yang dikupas dalam 2 topik di atas, tapi saya cuma ambik yang terpenting saja untuk renungan semua dan selamat beramal..Sekian..


p/s: Rating for seminar; 4.5/5

3 comments:

  1. wahhh...mmg cik rin zhafa kite nihh dah ready nak mendirikan masjid...bagus2...menambah ilmu pengetahuan...nnti i leh menuntut ngan u hehehe....-afzan-

    ReplyDelete
  2. afzan,dah ready pun tapi takut gak..pe pun, kita kongsi2 la ye ilmu yang ada..;-)

    ReplyDelete
  3. rin..menarik..patut saya ikut awak.hehe..thx for sharing dear..

    ReplyDelete