Thursday 5 May 2011

INTRODUCTION (Part II)

Tapi sekarang ni mcm smgt menulis tu kembali. Cam pelik jugak ngn diri sendiri. Kenapa yer??erm..mungkinkah??

Camni citernyer..selama 2 tahun yang lepas saya telah bertugas di bawah seksyen A (nama dirahsiakan). Ramai yang sedia maklum (yang berkenaan), seksyen A mmg terkenal dgn kesibukan yang amat sgt plus dgn bos yang very enthusiastic and high determination but agak kalut. Juga suka sgt nak buat kerja seksyen lain dan jadilah kerja yang semput dan caca merba. Mmg diakui dulu saya mmg sgt sibuk dgn kerja hakiki plus dgn kerja2 tambahan lain dek arahan bos yang srg tu. Nak bkk fb dan update status sendiri serta fren kat fb pun tak sempat. Email office yang masuk pun sempat baca yang penting dan berkaitan shj. Yang lain2 dibiarkan unread sehingga berpuluh2 or beratus. Dh tak ingt. Hari2 mmg ssh sgt nak blk sharp kul 530 ptg. Paling awal pun balik dlm 630 ptg. Kdg2 hjg mgu pun dtg. Kesian ngn diri sendiri. Dengan keadaan yang mcm ni, nak berblog mmg la jauh sekali tk sempat..

Sehinggalah pada satu hari..pada tarikh 11 March 2011, seksyen saya dikejutkan dgn berita yang agk sensasi dan gempak di kalangan yang berkenaan apabila tetiba Seksyen A telah dikecilkan fungsi dan peranannya. Ini kerana terdgr desas desus bahawa ada seseorg yang tak suka dgn bos saya itu maka diporak perandakan seksyen saya semasa ketiadaannya. Ekoran drpd itu, tidak dapat tidak pegawai yang bertugas di seksyen itu juga mesti dikurangkan. Dan yang paling sedih dan menyayat hati ialah antara org yang kena pindah adalah saya sendiri. Menitis air mata saya sbb sggh tak disangka dan terlalu sedih bukn sbb syg pd bos dan kerja di Seksyen A tapi sbb sedih terpksa berpisah dgn rakan taulan di seksyen tersebut yang sama2 mengharungi suka duka di situ. Rakan2 yang menjadi tmpt luahan perasaan dan gosip2 bila diri terlalu penat dan stress dgn kerja yang menimbun. 

Sedih..dan sedih..padahal sesuatu yang biasa dalam sektor Kerajaan setelah beberapa tahun bertugas kemudian ditukarkan ke tempat lain untuk penambahan pengetahuan dan pengalaman tapi itulah tak tahu kenapa sgt terkesan perasaan sedih tu di hati. Sebab mana mungkin akan jumpa lagi rakan seperjuangan yang sama seperti di Seksyen A. Kdg2 terpikir, kenapa dengan beban kerja yang byk dan caca marba, saya masih mampu bertahan di situ..rupa2nya kerna rakan taulan yang sama memahami dan saling membantu antara satu sama lain. Itulah yang membuat saya msh bertahan menjalani kerja seharian walaupun semput dan letih


Geng mkn yg suka mkn

Suka jgk posing
Semua kenangan bersama rakan seperjuangan di Seksyen A tidak dpt saya lupakan dan akan merinduinya selalu..sob..sob..

to be continue.....

No comments:

Post a Comment