Thursday 5 May 2011

INTRODUCTION (Part I)

Ehem..testing..testing..

Inilah kali pertama saya create my own blog. Semua perasaan bercampur baur. Excited, kekok, takut dan mcm2 lagi yang tak tahu nak describe semua ada..being the first time a.k.a a new born blog like an awkward..but deep inside insist me to try (ayat English tak berapa bagus)..huhu

Selama ni suka baca blog orang lain esp my old gud fren (lina rahim)..sgt enjoy baca blognya. Dirasakan blog merupakan satu medium yang bagus untuk story what happen to us and around us yang mungkin boleh dikategorikan sebagai unforgettable and memorable stories. Dan boleh dikatakan juga ia sebagai dairi harian cuma yang bezanya diari untuk diri sendiri tp blog lebih kepada perkongsian bersama. Apa pun, sharing is caring.

Saya masih ingat lagi masa di sekolah rendah, saya memang suka sangat menulis. Kalau karangan BM tu mmg menjadi org pertama yang akan buat dan siap. Bukan setakat homework yang cikgu bagi tapi siap buat latihan tambahan lagi untuk karangan BM. Tu sebab markah karangan BM selalu dapat markah tinggi walaupun bukan tertinggi dalam kelas.huhu.Bukan itu saja, untuk memantapkan lagi penulisan saya, saya telah membuat cerpen sendiri untuk majalah Dewan Pelajar. Kalau tak silap, tajuknya "Datukku sayang" berdasarkan kisah benar. Cerpen tu telah disemak oleh kakak saya dan dirasakan ayatnya telah diolah dengan baik (puji diri sendiri). Tapi mungkin bukan rezeki saya, cerpen tu tak disiarkan dalam majalah. Mungkin jalan cerita tak mencengkam kot..huhu..tapi semangat saya tak mati di situ, saya terus berkarya tapi untuk diri sendiri jerlah..hehehe..

Masa di sekolah menengah, dek kesibukan dan komitmen belajar yang tinggi, minat berkarya semakin berkurang. Apa yang sempat saya buat ialah menulis diari. Yang ni lebih kepada luahan diri sendiri. Bila dah semakin dewasa, semangat menulis tu dah berkurang dan berkurang. Nak berkarya jauh sekali menulis dairi pun tidak lagi. Semuanya telah hilang ditelan masa. Dan juga mungkin sebab perasaan MALAS yang membelenggu diri..

to be continue..

No comments:

Post a Comment